Berkebun di Taman Sains

0 comments





Hari ini khamis 25.3.2010 semua muridku begitu semangat berkebun di Taman Sains belakang kelas. Kerjanya mudah aje belajar mencabut rumput kecil, membaja dan menyiram. Alhamdulillah tanaman pada tahun ini cukup subur. Pokok kacang botol sudah berbuah, serai sudah boleh dituai , lada hidup subur dan pokok kesum pun dah boleh dituai. Ni tengah cari pokok tanaman yang boleh ditanam untuk menambahkan seri dan hasil taman Sains

[...]

Selamat kembali Ke sekolah

0 comments

Selamat kembali ke sekolah muridku sayang. Murid ceria hari ini terutama Muizz dan Muhid yang tidak lekang senyuman dan gelak tawa sepanjang hari ini. Mungkin rindu pada guru, kakak dan ustazah. Muhib paling menunjukkan perubahan tingkah laku positif. Dapat duduk paling lama sejam dua puluh minit pada hari ini tanpa perlu disuruh. Terima kasih muridku......semoga kalian semua dapat menjadi lebih baik. Amin

[...]

Selamat Bercuti

0 comments

Selamat bercuti buat guru-guru SKKK1 dan semua murid SKKK1 dan semua rakan-rakan perjuangan. Cuti ni pun kerja sekolah perlu diselesaikan.

[...]

Semoga kembali sihat buat adik Muizz

0 comments

Adik Mohammad Muizz Hafies telah dimasukkan ICU selama 3hari kerana masalah epilepsi secara tiba-tiba dan sekarang Alhamdulillah kerana dia telah sedarkan diri dan ditempatkan diwad biasa di Hospital Kota Bharu. Semoga adik Muizz cepat sembuh dan kembali semula ke sekolah.

[...]

Mesyuarat Kali Pertama Pra Integrasi 2010

0 comments

RABU ( 10.03.2010 ) MASA: 11.00PAGI - 12.00TGH TEMPAT: PRA INTEGRASI

Mesyuarat ini dihadiri oleh Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pendidikan Khas, beberapa orang guru SK. Kubang Kerian 1 selaku ahli jawatankuasa Pra Integrasi dan ibu bapa murid Pra Integrasi. Mesyuarat ini bertujuan untuk melantik dan memperkenalkan ahli jawatankuasa Pra Integrasi pada tahun 2010 dan membentangkan perancangan aktiviti selama setahun. Antara perancangan aktiviti yang dicadangkan ialah
Lawatan ke rumah murid terpilih, Terapi di YOKUK, Pertandingan sukan, mewarna diperingkat sekolah, QIT Kota Jembal dan Negeri Kelantan, Lawatan sambil belajar bersama kelas PKBP dan banyak lagi. Mesyuarat bersurai dengan para tetamu di hidangkan dengan makanan roti jala.


[...]

*****Gaji 2011*****

*****Gaji 2011*****