Kalendar Persekolahan Tahun 2010

0 comments

Kalendar Persekolahan Tahun 2010

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2010 31.01.2010 21
Hari Persekolahan 01.02.2010 28.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 11.03.2010 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2010 20.03.2010 9
Hari Persekolahan 21.03.2010 31.03.2010 9
Hari Persekolahan 01.04.2010 29.04.2010 21
Hari Persekolahan 02.05.2010 31.05.2010 22
Hari Persekolahan 01.06.2010 03.06.2010 3
Cuti Pertengahan Tahun 04.06.2010 19.06.2010 16
II Hari Persekolahan 20.06.2010 30.06.2010 9
Hari Persekolahan 01.07.2010 29.07.2010 21
Hari Persekolahan 01.08.2010 31.08.2010 23
Hari Persekolahan 01.09.2010 02.09.2010 2
Cuti Pertengahan Tahun 03.09.2010 11.09.2010 9
Hari Persekolahan 12.09.2010 30.09.2010 15
Hari Persekolahan 03.10.2010 31.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 18.11.2010 14
Cuti Akhir Tahun 19.11.2010 01.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

[...]

Graduasi 2009

0 comments

[...]

Operasi Mengemas Kelas

1 comments




Hari Isnin 8.11.2009 operasi gotong-royong diadakan bagi mengemas kelas.

[...]

Musim Banjir 2009 Bermula

0 comments

Musim banjir di negeri Kelantan turut melanda kelas Pra Integrasi. Pada hari Jumaat 6.11.2009 guru dan pembantu pra terpaksa datang meredah banjir bagi menyelamatkan barang-barang penting di dalam kelas. Air banjir ini juga turut menenggelami kelas PKBP dan Prasekolah.

[...]

Menarik di Permata Negara

0 comments

[...]

Grafik

0 comments

[...]

Aktiviti Terapi Menggunakan Air

0 comments



Batrisyia, Aqil, Aqil Aiman dan Firdaus
gembira dapat berenang
Bermain air di kolam

[...]

Sambutan Hari Keluarga, Hari Jadi dan Hari Raya warga Pendidikan Khas SKKK1

0 comments

Sekitar majlis Sambutan Hari Keluarga, Hari Jadi dan Hari Raya warga Pendidikan Khas SKKK1 (PKBP dan Pra Integrasi) yang telah diadakan pada hari Rabu 14.10.2009 bertempat di Dewan MCN.

Ketibaan tetamu VIP

menyanyi dan memotong kek hari jadi


ibu bapa dan guru-guru SKKK1 menjamu selera

Persembahan "selawat" dari adik Nur Batrisyia

penyampaian hadiah

[...]

Persekitaran Prasekolah Pendidikan Khas SKKK1 Tahun 2009

0 comments

1. Pengubahsuaian lukisan mural pada dinding di luar bilik darjah






2. Pembinaan taman sains. Ucapan terima kasih buat pekerja SKKK1 dan Cik Mashitah, Pn Marlini serta Pn Harmawaty (PPM PKBP) yang turut membantu dalam menyiapkan Taman Sains. Buat Ustazah Nor Aini terima kasih kerana mendermakan benih tanaman halia dan kunyit.

[...]

Prasekolah Pendidikan Khas di Kelantan

0 comments

1. SK. Kubang Kerian 1, Kota Bharu.
2. SK. Dato Hasyim 1, Pengkalan Chepa.
3. SK. Kemudi, Bachok.
4. SK. Kamil, Pasir Putih
5. SK. Sultan Ibrahim 2 , Pasir Mas.
6. SKPK Lati, Pasir Mas (Masalah Pendengaran)
7. SK. Seri Tumpat, Tumpat.

[...]

Semoga cepat sembuh..

0 comments

Buat adik Raja Ahmad Baihaqi, semoga cepat sembuh dan selamat kembali ke sekolah. Cikgu-cikgu dan rakan menanti kedatanganmu. Cikgu doakan Baihaqi selamat menempuh ujian ini...Amin

[...]

Jus oren.......

0 comments



Aktiviti membuat jus oren menggunakan buah limau.

[...]

Pemeriksaan Gigi

0 comments


Mohamad Aqil Aiman satu-satunya murid yang dapat di periksa

[...]

Pertandingan Mewarna Murid Prasekolah Peringkat PPD Kota Bharu

0 comments





Pada 7.4.2009 Pra Integrasi, SK. Kubang Kerian 1 telah menghantar 3 orang murid menyertai pertandingan. Pertandingan ini telah diadakan di SK. Parang Puting dan diwakili oleh Nur Syuhada, Wan Ahmad Firdaus dan Nur Syairah. Tahniah kepada adik Nur Syairah bt Che Sahari kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori mewarna bagi murid Prasekolah Pendidikan Khas.

[...]

Ciri-Ciri Autisme

0 comments

Autisme

  • Bermasalah komunikasi
  • Sukakan rutin
  • Berada di dunia sendiri
  • Ekolalia
  • Cederakan diri sendiri
  • Kompulsif tanpa tahu kesan
  • Tidak suka bergaul
  • Tidak ada tentangan mata
  • Kerencatan bahasa
  • Masalah kefahaman
  • Tidak suka disentuh
  • Bermasalah interaksi sosial
  • Pergerakan berulang-ulang

[...]

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

0 comments

Pendahuluan

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :

  • Kurang tumpuan
  • Hiperaktif
  • Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.
Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :

  • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
  • Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
  • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
  • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
  • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
  • Tidak berupaya mematuhi arahan
  • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
  • Mudah hilang perhatian
  • Pelupa

B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

  • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
  • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
  • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
  • Bising waktu bermain
  • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
  • Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan :

  • Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
  • Tidak sabar menunggu giliran
  • Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
  • Tambahan :
    • Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
    • Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
    • Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
    • Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
    • Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
    • Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.


Komplikasi

  • ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
  • Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
  • Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan


Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.


Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Petikan dari: Myhealth portal

[...]

Kalendar Persekolahan Tahun 2009

0 comments

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2009 29.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 26.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 12.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2009 21.03.2009 9
Hari Persekolahan 22.03.2009 31.03.2009 8
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 03.05.2009 28.05.2009 20
Cuti Pertengahan Tahun 29.05.2009 13.06.2009 16
II Hari Persekolahan 14.06.2009 30.06.2009 13
Hari Persekolahan 01.07.2009 31.07.2009 22
Hari Persekolahan 02.08.2009 20.08.2009 15
Cuti Pertengahan Penggal 21.08.2009 29.08.2009 9
Hari Persekolahan 30.08.2009 31.08.2009 2
Hari Persekolahan 01.09.2009 30.09.2009 22
Hari Persekolahan 01.10.2009 29.10.2009 21
Hari Persekolahan 01.11.2009 19.11.2009 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2009 02.01.2010 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

[...]

*****Gaji 2011*****

*****Gaji 2011*****